Bagaimana Pembangkang Boleh Kalahkan BN?


Ramai penganalisa politik meramalkan bahawa Pilihan Raya Umum ke- 14 (PRU14) akan menyaksikan Barisan Nasional (BN) akan terus menerajui kerajaan dengan kemenangan yang lebih besar dari PRU13.

Hujah mereka antaranya ketidakbersamaan PAS di dalam pakatan harapan (PH) dan projek-projek besar yang berjaya dilaksanakan oleh Najib seperti  MRT yang menyebabkan rating Najib melonjak tinggi.

Angan-angan PH untuk menguasai Putrajaya dilihat semakin hari semakin malap apabila Tun DR Mahathir Mohamad membuat beberapa kesilapan yang menyentuh sensitiviti orang Melayu.

Namun demikian, ini bukan bermakna sudah tidak ada jalan lagi untuk rakyat menukar pimpinan negara. Disana terdapat beberapa cara bagaimana pembangkang boleh menumbangkan BN.

Antaranya :-

1. Mengeluarkan DAP dari PH. Walaupun pandangan ini nampak macam tidak logik tetapi umum mengetahui DAP adalah senjata utama BN untuk menghentam PH. Sikap cauvinis dan rasis DAP menyebabkan amat sukar pengundi Melayu menerima PH.

Walaupun beberapa kali rakyat cuba untuk diyakinkan tentang bahawa DAP tidak menguasai PH tetapi umum amat arif, selaku parti yang mempunyai paling banyak kerusi, maka DAP tetap memainkan pengaruh paling besar dalam PH.

Lagipun DAP akan hanya bertanding dalam kawasan yang majoriti pengundi bukan Melayu atau kawasan-kawasan bandar yang mana orang Melayu yang agak terdedah dengan isu-isu semasa. UMNO dan PAS tidak akan bertanding kawasan ini.
Lim Kit Siang pernah berkata bahawa PRU14 kali ini yang akan menentukan kejayaan kepada PH adalah pengundi Melayu.

Maka sebab itu beliau menamakan Tsunami Melayu kerana pengundi Cina tidak akan berubah walau bagaimana BN cuba memujuknya dengan memberikan pelbagai “gula-gula”. Jadi pembangkang harus fokus kepada pengundi Melayu dan untuk itu DAP mesti dikeluarkan dari pakatan pembangkang.

2. Masukkan kembali PAS didalam gabungan pembangkang yang saya istilahkan sebagai GABUNGAN SUARA UMMAH (GSU). Dengan pengeluaran DAP maka tidak sukar untuk pembangkang memujuk kembali PAS untuk bersama mereka. Dalam hal ini, pimpinan pembangkang mesti memberhentikan serangan mereka kepada PAS dan pimpinannya. PKR dan BERSATU harus sedar bahawa mereka tidak mempunyai ‘grassroot’ sebagaimana PAS.

Tidak mungkin mereka boleh menang banyak kerusi tanpa pertolongan jentera PAS kerana selama ini PAS lah yang berkerja keras melaksanakan apa saja projek pembangkang. Lihat sajalah gerakan BERSIH, tanpa penyertaan PAS gerakan ini menjadi hambar dan mati ditengah jalan.

Oleh kerana PAS dan BERSATU serta PKR yang Melayu akan bertanding kawasan majoriti Melayu maka mereka akan bertembung dengan UMNO.

Jika 3 penjuru, track record membuktikan UMNO akan menang tetapi jika GSU bergabung maka pertandingan akan berlaku satu lawan satu. Ini akan memberikan kelebihan kepada GSU. Sebagai sebuah parti Islam saya yakin PAS terbuka dalam hal ini.

3. Pembangkang harus tidak menumpukan kepada pengundi bandar tetapi sebaliknya di kampung-kampung dan luar bandar yang menjadi faktor besar kemenangan UMNO.

Bercakap mengenai pengundi luar bandar, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan menjadi concern mereka. Ianya terlalu kompleks buat mereka tetapi sebaliknya isu harga barang dan kos sara hidup harian menjadi topik setiap hari di kedai kopi dan warung-warung nasi lemak.

Ini mesti dijelaskan dengan tuntas oleh pembangkang. Walaupun ianya isu besar tetapi rakyat sudah bosan dengan isu 1MDB ini dan mahu melihat apa halatuju pembangkang yang sebenarnya.

Dari survei yang dibuat oleh pelbagai pihak, rakyat sangat tertekan dengan isu bagaimana untuk mencari sesuap nasi untuk terus hidup. Inilah yang perlu pembangkang tekankan.

4. Tekankan isu agama Islam. Sehingga hari ini rakyat masih tidak nampak bagaimana pembangkang memperjuangakn isu Islam secara khusus.

Tidak kedengaran dalam mana-mana ceramah atau dialog mereka isu Islam ini ditekankan secara jelas tetapi berselindung disebalik istilah-istilah kebajikan dan sebagainha. Ini amat merisaukan umat Islam dan kelompongan ini telah digunakan oleh UMNO untuk menyatakan secara jelas perjuangan mereka dalam mempertahankan agama Islam.

Samada UMNO benar-benar ikhlas atau tidak itu tidak penting tetapi yang utama mereka telah menyampaikan mesej itu kepada rakyat. Pembangkang perlu menjadi champion isu ini. Perlu diingat isu Islam ini amat sensitif kepada orang Melayu dan jika pembangkang ingin memenangi hati mereka maka isu agama perlu ditonjolkan dalam mana-mana forum pembangkang.

The post Bagaimana Pembangkang Boleh Kalahkan BN? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian