BANGI, 27 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Di atas adalah surat yang dihantar syarikat pengendali Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) kepada agensi pelancongan di negara ini, berhubung ‘Pemberitahuan Mengenai Kadar Pembayaran Permohonan Visa Bagi Jemaah Umrah di bawah Sistem IMAMS’, bertarikh 15 Disember 2017.

Surat itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd, RYAN LOH.

Pada masa sama ismaweb juga memperoleh soal jawab ringkas dalam Instagram bersama seorang pengguna, seperti di bawah:

Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd atau kami singkatkan sebagai IMMSSB didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pada 27 September lalu.

Kewujudan syarikat ini dibuat, tatkala Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) merancang memperkemaskan lagi sistem pengurusan umrah, selain mengekang kes penipuan pakej umrah.

Pada masa sama, KPK dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan dalam laman Facebooknya menyatakan bahawa lembaga pengarah syarikat pengendali IMAMS dan pemegang sahamnya adalah warganegara Malaysia beragama ISLAM.

Kenyataan media bertarikh 15 Disember 2017 (semalam) yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi KPK, juga menyebut:

DALAM MELINDUNGI KEPENTINGAN DAN SENSITIVITI AGAMA ISLAM, SYARIKAT IMAMS TELAH DIARAHKAN UNTUK MEMASTIKAN BAHAWA SEMUA KAKITANGAN SYARIKAT ADALAH BERAGAMA ISLAM.”

Kenyataan media itu turut meminta orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sebelum mempercayai sebarang khabar angin yang tidak berasas mengenai pelaksanaan IMAMS, dan seterusnya mengetahui hak-hak sebagai pengguna untuk tidak membayar lebih daripada kadar yang ditetapkan iaitu RM90.10.

(Dalam surat yang ditandatangani Ryan Loh – jumlah perlu dibayar kepada IMMSSB ialah RM137.80, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM7.80)

Berdasarkan sumber-sumber dinyatakan, termasuk Instagram dan surat Ryan Loh, siasatan ismaweb.net dengan SSM bagaimanapun, mendapati, hanya seorang individu Melayu Islam yang didaftar sebagai Pengarah IMMSSB, manakala tiga lagi – berdasarkan nama pada pendaftaran itu – dipercayai bukan muslim. (LIHAT GAMBAR DI BAWAH)

Berdasarkan surat Ryan Loh dan keratan carian sijil pendaftaran SSM, didapati tiga pihak, termasuk dua syarikat menjadi pemilik saham IMMSSB.

Keadaan ini menimbulkan persoalan kepada syarikat pengendali umrah:

BAGAIMANAKAH BOLEH SEORANG YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM BOLEH DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MENGENDALIKAN HAL EHWAL ORANG ISLAM. INI ADALAH SANGAT TIDAK WAJAR!!! SUDAH TIADAKAH ORANG ISLAM YANG LAYAK UNTUK MELIHAT DAN MENTADBIR HAL EHWAL PERLAKSANAAN UMRAH YANG MERUPAKAN IBADAH UMMAT ISLAM?

The post appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian