ismakualaterengganu

Bantah Solat Berjemaah di Sekolah Tak Masuk Akal.

  Permasalahan disiplin pelajar yang semakin meruncing seharusnya ditangani dengan pelbagai pendekatan. Sama ada secara luaran atau pun se...

 

Permasalahan disiplin pelajar yang semakin meruncing seharusnya ditangani dengan pelbagai pendekatan. Sama ada secara luaran atau pun secara dalaman. Selain mendidik pelajar dengan pendekatan luaran seperti dendaan, mahu pun pujian, saya meyakini pendekatan dari sisi dalaman juga amat penting.

Saya berpendapat bahawa cadangan yang dikemukakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, merupakan inisiatif luar kotak yang seharusnya disokong oleh semua pihak terutamanya di kalangan sekolah kebangsaan yang majoritinya orang Islam. Inisiatif ini merupakan pendekatan dari sisi dalaman dalam membina jati diri Muslim yang sejati selain disiplin pelajar itu sendiri.

Pendirian Dato Saifudin, bekas Timbalan Menteri untuk menentang inisiatif ini dilihat agak janggal seolah-olah menidakkan pemerkasaan nilai-nilai murni dan falsafah solat di kalangan pelajar yang beragama Islam. Sebagai seorang yang beragama Islam, seharusnya beliau sedar dan percaya terhadap falsafah solat yang dapat membimbing pelajar lebih berdisiplin dan berjaya.

Falsafah solat yang kita sedia maklum, sesungguhnya solat itu sebenarnya dapat meningkatkan disiplin selain mampu mencegah amalan yang tidak baik . Sepertimana dalam firman Allah “Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. (Al Ankabut:45). Mewajibkan solat berjemaah sebelum pulang dari sekolah akan melatih murid sekurang-kurangnya mereka merasakan penting terhadap nilai solat itu sendiri. Selain dapat memastikan mereka dapat menunaikan solat fardu sebelum pulang ke rumah.

Saya tidak nampak dengan amalan solat berjemaah di kalangan pelajar Islam ini akan menyinggung perasaan pelajar beragama lain dan mencemar perpaduan kaum di negara. Solat berjemaah merupakan amalan normal dan biasa yang seharusnya difahami dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Sikap terlalu apologetik dalam memperkasa agama Islam di kalangan masyarakat yang majoritinya agama Islam harus dibuang jauh dari minda masayarakat.

Selaku Biro Pembangunan Ahli Ikatan Guru Muslimin (i-Guru) Cawangan Melaka, saya menyokong sepenuhnya pendekatan ini dan inisiatif baik ini seharusnya di praktikkan di seluruh sekolah kebangsaan di Malaysia bukan sahaja di Kuantan. Semoga inisiatif ini akan menambah nilai-nilai murni di kalangan pelajar selain dapat memperkasakan niali-nilai keagamaan dalam jiwa pelajar-pelajar kita.

 

Mohammad Alif Bin Rahman
Ketua Biro Pembangunan Ahli Ikatan Guru Muslimin (i-Guru), Melaka

 

 

 

Sumber

Related

TERKINI 5952398609947889674

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item