Bekas ketua pengarang bidas laporan Utusan Malaysia

BANGI, 23 Rabiulawal 1439H, Selasa – Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin membidas akhbar Utusan Malaysia yang cuba mengheret Sultan Selangor ke dalam keadaan berkonfrontasi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, laporan muka 6 akhbar itu hari ini yang bertajuk ‘Pulang pingat: Bukti Dr Mahathir bongkak’ adalah dengan jelas menunjukan Utusan Malaysia cuba mengelirukan rakyat.

Bagaimanapun katanya, isi kandungan berita itu tidak menyatakan siapa yang menyebut sedemikian, kecuali mengenai Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengeluarkan kenyataan berhubung pemulangan darjah kebesaran oleh bekas Perdana Menteri itu dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Tetapi, katanya, oleh kerana laporan itu disertakan dengan gambar Setiausaha Sulit Sultan, Mohamad Munir Bani dan tiada catatan siapa yang berkata demikian, maka persepsi pembaca adalah kata-kata itu datangnya daripada Sultan Selangor kerana ia adalah berita dan bukannya analisis.

“Ini adalah suatu perbuatan yang tidak beretika untuk cuba menyeret istana khususnya Sultan Selangor ke dalam keadaan berkonfrontasi secara langsung dengan Tun Dr Mahathir.

“Utusan mahu memperalatkan Sultan Selangor untuk kepentingan matlamat politik dengan menggunakan journalisme di taraf yang paling rendah yang tidak cukup dengan tulisan dan berita yang bias pada setiap hari. Sekarang secara tidak langsung cuba pula meletakan kata pada mulut yang tidak berkata,” katanya menulis dalam blog beliau hari ini

Berikutan itu, Zainuddin yang juga bekas Menteri Penerangan berkata, Utusan Malaysia sepatutnya memohon maaf kepada Sultan Sharifuddin Idris Shah kerana cuba mengheretnya ke dalam krisis politik yang boleh memecahbelahkan rakyat.

“Cukuplah bagi UMNO mengheret Istana ke dalam kancah politik untuk menutup kelemahannya sehingga rakyat merasakan jika UMNO boleh berbuat demikian maka mengapa mereka tidak boleh. Rakyat mesti terus mempertahankan kesucian Perlembagaan dan kedaulatan Sultan dan Raja-Raja.

“Orang ramai tentu menyangka kenyataan dari istana akan mempunyai unsur politik atas tindakan keras Dr Mahathir dan isteri tetapi nyatalah kehalusan dan keagungan peradaban Istana tetap dipelihara oleh Sulan Selangor dalam kenyataan bersih dan ringkas baginda,” katanya.

The post Bekas ketua pengarang bidas laporan Utusan Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian