Bekas Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh dibunuh

SANAA, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa – Bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh, 75, dibunuh dalam satu serangan oleh militan Syiah Houthi, selepas beliau dilaporkan memberi sokongan kepada pakatan diketuai Arab Saudi.

Media tempatan melaporkan Ali Abdullah maut selepas keretanya ditembak menggunakan roket ketika melalui satu sekatan jalan raya di luar Sanaa.

Kematiannya disahkan pemimpin partinya Kongres Rakyat, selepas beliau dikatakan meninggalkan sekutunya Houthi dan memberi sokongan kepada pakatan negara Arab diketuai Arab Saudi.

Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Penolong Setiausaha Agung Kongres Rakyat, Yasser al-Awadi.

Gambar diedarkan dalam media sosial menunjukkan mayat menyerupai Ali Abdullah, dengan klip video menunjukkan bagaimana militan bersenjata menggunakan selimut untuk menutup mayatnya.

Dalam kenyataan yang disiarkan stesen televisyen Houthi, Menteri Dalam Negeri Yaman mengumumkan Ali Abdullah dan penyokongnya dibunuh.

“Tindakan itu dibuat setelah Ali dan penyokongnya menghalang jalan raya dan membunuh orang awam,” kata kenyataan itu.

Ali Abdullah dibunuh dua hari selepas beliau secara terbuka memutuskan hubungan dengan kumpulan militan Syiah Houthi, di tengah-tengah pertempuran jalanan yang sengit di antara puak pemisah yang menyebabkan puluhan orang awam maut.

Militan Syiah Houthi yang dipercayai disokong Iran menyerang dan menawan sebahagian besar Sanaa pada September 2014, menyebabkan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi, yang menggantikan Ali Abdullah, terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi. – Agensi

The post Bekas Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh dibunuh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian