Bekas SUK Selangor dilantik Pengerusi MAIS baharu


KLANG, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Bekas Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dilantik sebagai pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang baharu, hari ini.

Pelantikan beliau yang bakal berkuat kuasa pada 1 Januari 2018 itu diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ia disempurnakan pada majlis istiadat pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS bagi sesi 2018-2020 dan majlis santapan tengah hari bersama 423 imam masjid seluruh negeri di Istana Alam Shah, lapor BH Online.

Turut hadir memberikan sembah menghadap adalah anggota MAIS untuk sesi 2018-2020, iaitu Timbalan Pengerusinya, Datuk Ramli Mahmud; SUK Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Datuk Mohamed Khusrin akan menggantikan Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa yang tamat perkhidmatan sebagai pengerusi MAIS sejak 2005.

The post Bekas SUK Selangor dilantik Pengerusi MAIS baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian