Bersatu adakan Perhimpunan Agung Tahunan 30 Disember

PETALING JAYA, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan partinya akan akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan Kali Pertama pada hujung tahun ini

Perhimpunan itu dijadualkan berlangsung  di Ideal Convention Center (IDCC) Shah Alam pada 30 Disember ini.

Beliau berkata, ianya akan melibatkan 990 perwakilan daripada 137 Bahagian.

“Tarikh Perhimpunan ini telah ditetapkan oleh Majlis Pimpinan Bersatu selaras dengan Fasal 12.1 Perlembagaan Bersatu.

“Notis mengenai perhimpunan ini telah dihantar kepada para perwakilan yang layak hadir mengikut peraturan persidangan yang diluluskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu,” katanya seperti dilapor Sinar Online.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di ibu Pejabat Bersatu di sini, hari ini.

Agenda dalam perhimpunan kali ini akan melibatkan beberapa agenda tang telah ditetapkan, kata Mukhriz.

“Antaranya kita akan adakan pemilihan Pengerusi Tetap dan Timbalannya, kemudian kita akan membuat pembentangan Penyata Kewangan Tahunan,” katanya.

The post Bersatu adakan Perhimpunan Agung Tahunan 30 Disember appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian