Bunuh di stesen minyak: 13 individu ditahan setakat ini

JOHOR BAHRU, 2 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Polis sudah menahan 13 individu setakat ini melibatkan sembilan lelaki dan empat wanita bagi membantu siasatan kes bunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, kesemua mereka berumur lingkungan 16 hingga 26 tahun.

“Semalam (20 Disember), polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita di Pulau Pinang manakala empat lelaki dan tiga wanita lagi berjaya ditahan di Singapura dengan bantuan pasukan polis Singapura.

“Terkini, pada hari ini (21 Disember) seramai empat lelaki ditangkap di kawasan Johor oleh Tim Siasatan Khas Polis Diraja Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan melibatkan sembilan lelaki dan empat wanita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata, polis masih lagi meneruskan siasatan untuk mengesan beberapa lagi suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 7.30 malam Ahad lepas, mangsa bunuh yang berumur 40-an berkenaan mati di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis kereta dinaiki empat lelaki.

Kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya berhenti di stesen minyak itu untuk mengisi angin tayar kenderaannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mengesahkan kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan dua kumpulan kongsi gelap.

Hari ini, Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan polis untuk menahan reman enam individu melibatkan lima lelaki dan seorang wanita.

Majistret Noor Aisyah Ahmad membenarkan kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut. – Bernama

The post Bunuh di stesen minyak: 13 individu ditahan setakat ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian