Cikgu Azizan bebas daripada tuduhan

SEREMBAN, 30 Rabiulawal 1439H, Selasa – Guru Sekolah Kebangsaan Taman Semarak di Nilai, Negeri Sembilan, Mohd Azizan Manap atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azizan bebas daripada tuduhan mencederakan pelajarnya, hari ini.

Ia susulan Mahkamah Majistret Seremban membebaskan tanpa melepaskan cikgu Azizan mengikut Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah.

Majisteret Mohd. Zaki Abdul Rahman memutuskan demikian selepas Jabatan Pegiam Negara mengarahkan kes terbabit ditarik balik.

Cikgu Azizan diwakili peguam dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Friends For Life, Peguam Francis Pereira bersama Haliza Abdullah dan Datuk Hazizah.

NGO itu telah dilantik khas oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bagi membantu Cikgu Azizan.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, kes tersebut telah ditarik balik oleh pendakwa raya.

Sebelum ini Cikgu Azizan dituduh mencederakan seorang murid Tahun Lima di sebuah sekolah rendah tempat beliau bertugas.

Beliau dilaporkan terpaksa bertegas terhadap pelajar berkenaan yang didakwa terbabit perbuatan menghidu gam, bergaduh dan membuli.

The post Cikgu Azizan bebas daripada tuduhan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian