Dua pelajar muslim Uyghur pulang dari Mesir mati dalam tahanan China

BEIJING, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Dua pelajar lelaki muslim keturunan Uyghur yang belajar di Mesir meninggal dunia dalam tahanan polis China, selepas kedua-duanya setuju pulang ke negara itu secara sukarela.

Kedua-dua pelajar itu pulang ke Xinjiang selepas Beijing mengarahkan semua kumpulan etnik pulang ke China.

Penduduk Xingjiang memberitahu Radio Free Asia, Abdulsalam Mamat dan Yasinjan, kedua-duanya dari Korla, belajar di Universiti Islam Al-Azhar di Kaherah sejak 2015.

Awal tahun ini, pihak berkuasa Xingjiang mengeluarkan perintah mengarahkan semua etnik muslim Uyghur yang berada di luar negara pulang untuk didaftarkan.

Abdulsalam dilaporkan pulang ke China, Januari lalu, manakala Yasinjan berbuat demikian pada April.

Kedua-duanya kemudian ditangkap sebaik tiba dan kemudian dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan polis. Tidak ada sebarang penyakit yang menyumbang kepada kematian mereka dan sebab kematian mereka juga tidak diketahui.

Pemerintah memberi tekanan terhadap etnik muslim di Xinjiang sejak tahun lalu dan semakin meningkat selepas Setiausaha Agung Parti Komunis China, Chen Quanguo dilantik ke jawatan itu Ogos lalu.

Ramai muslim Uyghur berdepan penindasan selepas dituduh sebagai pelampau dan dihantar ke kem pendidikan dan penjara politik di seluruh Xinjiang.

Dekan Universiti Al-Azhar menganggarkan kira-kira 70 peratus pelajar etnik Uyghur ditangkap.

Parti komunis China di Korla mengesahkan Abdulsalam dan Yasinjan meninggal dunia ketika dalam penjara. Setakat ini 23 penduduk kampung berada dalam tahanan.

Abdulsalam adalah anak kepada imam di sebuah masjid, manakala Yasinjan pula adalah saudara kepada salah seorang anggota polis di Korla, yang kemudiannya dipecat.

Kira-kira 20 pelajar Uyghur dilaporkan hilang beberapa bulan selepas pihak berkuasa Mesir membantu China menangkap pelajar asing di Kaherah.

Lebih 200 pelajar Uyghur ditangkap sejak 4 Julai lalu dalam beberapa operasi di sekitar Kaherah. Kebanyakan mereka yang dihantar pulang berdepan penderaan ketika dalam tahanan pihak berkuasa Xinjiang. – Agensi

The post Dua pelajar muslim Uyghur pulang dari Mesir mati dalam tahanan China appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian