Dua terbunuh, lebih 700 cedera dalam pertempuran di Palestin

GAZA, 20 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin terbunuh dan beratus-ratus lagi cedera dalam pertempuran berasingan di Tebing Barat yang diduduki, Baitulmuqaddis Timur dan Jalur Gaza susulan keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, seorang lelaki Palestin yang berusia 30 tahun terbunuh akibat ditembak tentera rejim Israel ketika protes di Gaza, semalam.

Manakala, seorang lagi lelaki berusia 54 tahun kemudian meninggal akibat kecederaan parah pada badannya, lapor agensi berita WAFA.

Persatuan Bulan Sabit Merah berkata, setakat ini mereka telah merawat sekurang-kurangnya 767 orang yang tercedera.

Protes di dalam dan di sekitar Kota Lama Baitulmaqdis dilaporkan bermula selepas solat Jumaat. Ia menandakan hari ketiga protes di wilayah yang diduduki.

Tentera Israel menembak gas pemedih mata dan peluru getah pada penunjuk perasaan di bandar Tebing Barat yang diduduki, Hebron dan Bethlehem, dengan sekurang-kurangnya satu peluru hidup dilaporkan, kata perkhidmatan perubatan Palestin. – Agensi

The post Dua terbunuh, lebih 700 cedera dalam pertempuran di Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian