Enam maut pesawat terhempas di Sydney

SYDNEY, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Sekurang-kurangnya enam maut selepas sebuah pesawat dipercayai jenis DHC-2 Beaver Seaplane, terhempas di sebatang sungai di Australia, petang tadi.

Pesawat berkenaan terhempas di Sungai Hawkesbury berhampiran bandar Cowan, 50 kilometer utara Sydney, kata polis New South Wales.

Jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia berkata, pesawat itu dalam penerbangan ke Rose Bay dan Pelabuhan Sydney.

Difahamkan, nahas berlaku beberapa jam sebelum Pelabuhan Sydney menjadi tumpuan ramai untuk sambutan tahun baru malam ini.

Pemangku Superintendent Michael Gorman memaklumkan, pesawat berada di kedalaman 13 meter air sungai.

Setakat ini, maklumat mengenai identiti penumpang pesawat belum dikenal pasti. – Agensi

The post Enam maut pesawat terhempas di Sydney appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?