Gagal hadir di mahkamah, Tian Chua dikenakan waran tangkap

KUALA LUMPUR, 30 Rabiulawal 1439H, Selasa – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengeluarkan perintah waran tangkap ke atas Naib Presiden PKR Tian Chua selepas gagal hadir tanpa alasan kukuh pada pengurusan kes rayuannya.

Tian Chua merayu terhadap hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,800 kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam satu ceramah, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak mengeluarkan waran tangkap itu terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 54, semasa pengurusan kes itu di hadapannya dan menetapkan 18 Januari 2018 untuk pengurusan kes selanjutnya .

“Mahkamah pada 26 Oktober lalu telah memaklumkan kepada pihak-pihak untuk hadir di hadapan hakim untuk pengurusan kes buat kali pertama.

“Tetapi hari ini, peguam perayu gagal hadir, begitu juga perayu. Memandangkan ia adalah kes jenayah, kehadiran perayu adalah dimestikan. Oleh kerana perayu gagal hadir, mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap perayu,” katanya.

Tian Chua yang juga Anggotai Parlimen Batu merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,800 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 28 September 2016 selepas didapati bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam satu ceramah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim. -Bernama

The post Gagal hadir di mahkamah, Tian Chua dikenakan waran tangkap appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian