ismakualaterengganu

Garis panduan khas kendali kes seksual kanak-kanak dilancar

PUTRAJAYA, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Garis Panduan Khas Untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Malaysia dilanc...

PUTRAJAYA, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Garis Panduan Khas Untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Malaysia dilancarkan hari ini bagi membantu pihak yang terlibat mendapatkan maklumat berkaitan pengendalian kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam ucapan pelancarannya berkata, beliau bercadang untuk membentangkan garis panduan khas berkenaan kepada Kabinet untuk makluman semua Jemaah Menteri selepas ini.

“Garis panduan khas ini meletakkan keutamaan dan perlindungan terbaik terhadap kanak-kanak yang sering mengalami trauma apabila menjadi mangsa penderaan seksual,” katanya.

Azalina berkata, Jawatankuasa Kerja Bagi Penyediaan Garis Panduan Khas Untuk Mengendalikan Kes-Kes Kesalahan Seksual Melibatkan Kanak-Kanak akan memantau pelaksanaan garis panduan khas berkenaan agar ia dilaksanakan dengan lancar dan dikoordinasikan secara bersepadu.

Katanya, penambahbaikan terhadap garis panduan itu akan dilakukan dari semasa ke semasa dengan mengambil kira pandangan daripada pihak-pihak berkepentingan.

Azalina berkata, ini bertujuan memastikan usaha membendung jenayah seksual terhadap kanak-kanak tidak terhenti di sini.

“Melalui garis panduan khas ini, mangsa kanak-kanak dapat mengetahui tatacara pengendalian saksi melibatkan kanak-kanak di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak adalah berbeza daripada mahkamah biasa.
Perlindungan secara total diberikan kepada mereka (mangsa kanak-kanak) terutamanya daripada orang kena tuduh atau si pelaku jenayah tersebut,” katanya.

Penggubalan garis panduan khas ini merupakan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau merasmikan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak pada 22 Jun lepas.

Garis panduan setebal 103 muka surat itu mempunyai 10 bab di bawah empat tajuk iaitu penerimaan laporan dan siasatan, perbicaraan, pengendalian mangsa atau saksi kanak-kanak dan khidmat perlindungan dan sokongan kepada mangsa atau saksi kanak-kanak.

Difahamkan antara pihak yang akan menjadikan garis panduan ini sebagai rujukan ialah pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. – Bernama

The post Garis panduan khas kendali kes seksual kanak-kanak dilancar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 4782282386241337362

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item