Golongan kuffar ambil kesempatan ketirisan minda umat Islam: Zainul Rijal

BANGI, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Kebejatan dan kemunduran umat Islam ketika ini disebabkan kesilapan meletakkan keutamaan dalam sesuatu permasalahan, antara sebab pihak lain melakukan tindakan sehingga mencabar Islam.

Sehubungan itu, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, umat Islam perlu beralih daripada perspektif konvensional kepada yang lebih baik, melepaskan diri daripada mementingkan format dan simbol kepada hakikat dan kandungan.

Katanya, umat Islam juga sepatutnya tidak lagi menumpukan perdebatan yang mementingkan kemenangan, kepada perbuatan membuahkan hasil serta meminggirkan sikap emosional kepada menguasai ilmu.

Beliau berkata, sudah menjadi kelaziman semua Presiden Amerika Syarikat (AS) bertindak dalam banyak perkara yang tidak memihak kepada Islam dan terbaharu perisytiharan unilateral Presiden Donald Trump bahawa Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, memarakkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

“Hampir mustahil kita dapat mendengar mana-mana Presiden Amerika Syarikat bertindak benar-benar bermanfaat kepada agama Islam. Lepas satu-satu isu mencabar umat Islam ditimbulkan sejak kebelakangan ini sama ada di peringkat negara ataupun antarabangsa,” katanya menulis dalam Sinar Harian, hari ini.

Selain itu, Zainul Rijal berkata, umat Islam perlu mengalihkan tumpuan daripada tidak habis-habis bercakap mengenai masalah furuq (cabang) kepada menumpukan ke arah penyelesaian masalah pokok.

“Mentransformasikan daripada menyusahkan kepada memudahkan, sikap jumud dan taqlid buta kepada ijtihad dan pembaharuan (pengislahan), sikap eksklusif kepada inklusif, berlebih-lebihan kepada sederhana, berkeras kepada hikmah dan pertelingkahan kepada perpaduan serta pendamaian,” katanya.

Beliau berkata, Islam juga mempraktikkan konsep komprehensif dan tidak terikat asalkan ia menepati kehendak syariat.

“Dengan ilmu umat Islam mampu berfikir dengan terbuka dan lebih matang untuk melihat segala permasalahan yang melanda. Jika umat Melayu Islam tidak mengkaji dan sambil lewa sahaja dalam membuat sesuatu keputusan serta tindakan ia sememangnya hanya akan merugikan umat Islam.

“Ketirisan minda umat Islam ini akhirnya akan diambil kesempatan oleh golongan-golongan kuffar untuk menghancurkan Islam secara senyap mahupun terang-terangan dari segi akidah dan akhlak umat Islam,” katanya.

Ulasan penuh beliau dalam ruang Pendapat.

The post Golongan kuffar ambil kesempatan ketirisan minda umat Islam: Zainul Rijal appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian