ismakualaterengganu

GST umrah RM7.80 bukan RM5.10

BANGI, 27 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd yang mengendalikan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Um...

BANGI, 27 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd yang mengendalikan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) mensyaratkan umat Islam yang hendak mengerjakan umrah membayar dua cukai barangan dan perkhidmatan (GST)

GST pertama sebanyak RM2.70 dikenakan bagi setiap permohonan visa, manakala RM5.10 pula adalah GST bagi perkhidmatan insurans.

Jumlah GST itu dinyatakan firma pengendali IMAMS dalam surat kepada pemilik Lesen Khas Umrah (LKU) dan syarikat-syarikat pelancongan bertarikh semalam (15 Disember 2017) dengan tajuk ‘Pemberitahuan Mengenai Kadar Pembayaran Permohonan Visa Bagi Jemaah Umrah di bawah Sistem IMAMS’.

Antara lain surat itu menyatakan Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd dilantik oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) untuk membantu mengendalikan proses pengurusan kawal selia bagi pakej umrah yang ditawarkan oleh syarikat pelancongan di Malaysia.

Surat itu juga menyatakan bahawa mulai 18 Disember hingga 29 Disember 2017, setiap syarikat pelancongan yang mempunyai LKU perlu membayar RM45 serta RM2.70 (GST) bagi permohonan visa setiap jemaah umrah.

Keperluan untuk memperoleh perkhidmatan insurans bagi setiap jemaah umrah menerusi IMAMS pula akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2018. Kadar yang akan dikenakan mulai tarikh itu ialah RM85 serta RM5.10 (GST) bagi setiap jemaah umrah.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap jemaah umrah kepada Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd, pengendali sistem IMAMS, ialah RM137.80, termasuk GST sebanyak RM7.80.

Mengambil kira anggaran KPK sebelum ini iaitu kira-kira 290,000 umat Islam bakal mengerjakan umrah tahun hadapan, maka syarikat pengendali IMAMS dijangka memperoleh RM37.7 juta setahun, manakala kerajaan pula akan mengutip GST sebanyak RM2.262 juta.

Isu umat Islam di Malaysia dikenakan GST bagi melaksanakan ibadah umrah didedahkan ismaweb.net sejak Oktober lalu, apabila sebuah syarikat didakwa mengambil kesempatan daripada kes penipuan umrah, bagi memperkenalkan satu sistem bersepadu berikutan pelaksanaan LKU oleh KPK.

BERIKUT ADALAH BERITA YANG TELAH KAMI SIARKAN BERKAITAN IMAMS

1. (EKSKLUSIF) SISTEM IMAMS: RM90.10 MESTI DIBAYAR SECARA PREPAID BEBANKAN JEMAAH

2. (EKSKLUSIF) SISTEM IMAMS: GST UNTUK TUNAI PERINTAH ALLAH

3. VIDEO TAKLIMAT IMAMS DAN PENGENDALI UMRAH

4. KATA PEDANG: PELIK KALAU NAK BUAT UMRAH PUN KENA GST

5. KERAJAAN TETAP KENAKAN GST UNTUK UMRAH

6. GST UMRAH BERKUAT KUASA HARI INI

BERITA LANJUT BERKAITAN GST UMRAH INI BAKAL MENYUSUL

The post GST umrah RM7.80 bukan RM5.10 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 2837048231886393842

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item