Himpunan Isu Palestin bersama Raja Perlis – Institusi raja benteng ummah
Kangar, 15 Disember – “Terlaksananya perhimpunan bersejarah ini, secara nyata memperlihatkan institusi raja sebagai pembela islam sebaris dengan Khalifah-Khalifah dan sultan-sultan agung Islam terdahulu yang memainkan peranan besar dalam membebas dan mempertahankan Islam” ucap En. Noorzamri bin Ibrahim, Yang Di-pertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kangar dalam sesi perbahasan isu Palestin sempena program Raja memimpin umat : Isu Palestin.
Beliau didalam ucapannya menekankan supaya umat islam sedar musuh sebenar Islam adalah Yahudi Zionis dan Kritian Evangelis.
Beliau juga turut berkongsi rasa bangga dan merasakan perhimpunan ini akan dijadikan panduan dan hujah pada generasi akan datang bahawa umat Islam boleh bersepakat dan bersatu demi kepentingan Islam.
Sehubungan dengan itu, Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dalam titah baginda menyatakan perhimpunan ini diadakan sebagai tanda bantahan ekoran tindakan presiden Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.
Baginda menyeru rakyat agar bersatu hati dan menetapkan janji setia untuk terus berusaha dengan tenaga, kewangan, kempen kesedaran dan sebagainya bagi menyokong dan mempertahankan bumi Palestin.
Majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail dihadiri lebih daripada 500 orang. Didalam majlis ini juga, parti politik dan NGO yang dijemput diberi ruang berucap bagi menyatakan bantahan terhadap isu pengisytiharaan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Donald Trump.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan