Hujan lebat, angin kencang sehingga Isnin
BANGI, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) meramalkan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di Pantai Timur dan Johor sehingga Isnin ini.
Kawasan terbabit ialah Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang, Bachok, Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah di Kelantan, Kuantan, Rompin dan Pekan di Pahang.
Met Malaysia turut menjangkakan keadaan itu berlaku di Terengganu dan Mersing, Johor.
Dijangka, angin kencang timur laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) disertai ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter akan berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.
Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor juga terdedah dengan kejadian kenaikan paras air laut, yang dijangka berlaku sehingga Rabu.
The post Hujan lebat, angin kencang sehingga Isnin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan