Iklan perniagaan perlu utamakan Bahasa Melayu

IPOH, 27 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta memastikan semua iklan perniagaan memberikan keutamaan kepada penggunaan Bahasa Melayu khususnya yang melibatkan susunan ayat, ejaan dan tata bahasa.

Anggota Perwakilan Dewan Negeri Belia Perak, A.Arvend berkata perkataan Bahasa Melayu yang diguna pakai juga perlu menitikberatkan aspek saiz, warna serta kedudukan jika iklan berkenaan turut memaparkan bahasa lain.

“Secara teorinya, semua iklan hendaklah menggunakan Bahasa Melayu semata-mata dan jika terdapat dwibahasa, Bahasa Melayu mestilah diutamakan.

“Apa pun, penggunaan bahasa yang betul hendaklah dirujuk dan mendapat pengesahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),” katanya semasa membentangkan usul Bahasa Melayu Kejatidirian Bangsa Malaysia: Memperkasakan Melalui PBT pada Persidangan Dewan Belia Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata, PBT harus mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang gagal mematuhi penggunaan Bahasa Melayu pada iklan perniagaan sepertimana tertakluk dibawah Undang-Undang Kecil Iklan PBT.

“Sesiapa yang melanggar undang-undang kecil ini, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Selain itu, Arvend berkata PBT juga perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melakukan modifikasi terhadap Bahasa Melayu sehingga menjadi ‘bahasa rojak’ untuk kegunaan komersil.

Perkara berkenaan selaras dengan langkah pemerkasaan Bahasa Melayu sebagaimana yang dibincangkan pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kelima 1998.

“Kongres berkenaan menggariskan Bahasa Melayu dan Pemerkasaan demi keperluan memperkasa bahasa pendidikan , penerangan dan petadbiran dalam negara dan dunia,” katanya. -Bernama

The post Iklan perniagaan perlu utamakan Bahasa Melayu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian