India halau pelarian Islam Bangladesh

NEW DELHI, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – India mengerahkan 60,000 polis dan anggota separa tentera untuk berkawal di sempadan negara itu, bagi menghalau pendatang tanpa izin terutama umat Islam dari Bangladesh.

Arahan itu dibuat selepas kerajaan negeri mendedahkan draf Daftar Penduduk Kebangsaan (NRC), selepas bancian dilakukan buat kali pertama sejak tahun 1951.

Laporan itu menunjukkan kaum di Assam yang mempunyai peratusan umat Islam kedua tertinggi di India.

Menteri Kewangan Assam, Himanta Biswa Sarma berkata, Kad Pendaftaran Negara (NRC) dilakukan untuk mengenal pasti warga Bangladesh yang masuk dan menetap di Assam secara haram.

“Semua nama yang tidak dikenali di NRC akan dihantar pulang. Kami tidak akan memberi peluang dan aspek keselamatan telah diambil kira,” katanya.

Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri Bangladesh, Asaduzzaman Khan berkata, Dhaka tidak mengetahui sebarang perancangan India untuk mengusir rakyat negaranya.

Dianggarkan terdapat lebih 2 juta penduduk Islam di Assam yang dikesan mempunyai susur galur dari Bangladesh.

Untuk diiktiraf sebagai rakyat India, mereka perlu menyediakan dokumen membuktikan mereka atau keluarga mereka menetap di negara itu sebelum 24 Mac 1971. – Agensi

The post India halau pelarian Islam Bangladesh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian