ismakualaterengganu

Islam memberikan ekuiti kepada wanita, bukan persamaan

BANGI, 16 Dis 2017 – Islam memberikan ekuiti kepada wanita bukannya persamaan. Itu adalah kenyataan yang diberikan oleh Dr. Elmira Akhmeto...

BANGI, 16 Dis 2017 – Islam memberikan ekuiti kepada wanita bukannya persamaan.

Itu adalah kenyataan yang diberikan oleh Dr. Elmira Akhmetova pensyarah bidang sejarah dan peradaban di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika membentangkan kertas kerja yang bertajuk Wanita dan Agama :  Mnecari tempat disisi Tuhan di International Muslimah Empowerment Conference (IMEC 2.) di Bangi pagi tadi.

Jelasnya ekuiti adalah apa yang diperlukan mengikut ciri-ciri manusia, di mana seorang wanita mempunyai tanggungjawab yang istimewa  yang sesuai dengan cirinya dan seorang lelaki juga diberikan peranan yang khas sesuai dengan cirinya.

Mengambil lima tamadun awal, Mesapotamia, Mesir, Cina, India dan Greek-Roman dalam mengulas perbezaan ketara yang wujud antara wanita pada tamadun terdahulu dengan wanita Islam,

Beliau menyatakan wanita pada tamadun awal tersebut dihadkan haknya dalam menuntut ilmu, memiliki harta benda dan  peranannya hanya di rumah sahaja.

“Ada juga amalan tradisi yang tidak logik, yang diamalkan pada tamadun terdahulu bersifat menindas perempuan,” katanya.

Ujarnya lagi persamaan adalah sesuatu yang mustahil dicapai untuk lelaki dan perempuan tetapi Islam sendiri telah memberikan hak kepada semua manusia, perempuan dan lelaki.  

 

Sumber

Related

TERKINI 2039322790165876722

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item