Isma kecewa dengan Mas Ermieyati, minta SPRM siasat

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 28 Rabiulawal 1439H, Ahad – Pengakuan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mas Ermieyati Samsudin bahawa beliau tidak mengetahui syarikat yang diberi tanggungjawab menguruskan permohonan visa jemaah umrah, sebenarnya syarikat kendalian bukan Muslim adalah sangat mengecewakan.

Ketua Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Haji Omar Kassim berkata, beliau amat terkejut dan berasa sedih jika betul timbalan menteri tersebut tidak tahu menahu sistem ‘Integrated Manasik Monitoring System’ (IMAMS) berkenaan melibatkan individu bukan Islam.

“Amat menyedihkan dan mengecewakan bagaimana perkara ibadah yang amat dekat dengan umat Islam ini boleh terjadi sedemikian.

“Satu siasatan lanjut perlu dibuat dan penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dialukan untuk melihat keseluruhan proses perlantikan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Pada masa sama, beliau turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab dan tidak bersikap lepas tangan terhadap isu ini.

Ustaz Omar turut memetik ayat 25 dari Surah Al-Anfal yang bermaksud “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaan-Nya.”

“Ayat ini sebagai ingatan kepasa umat Islam, jangan ambil ringan segala bentuk fitnah kerana kelak seluruh masyarakat boleh terkena palitannya.

“Fitnah yang dimaksudkan termasuklah budaya asing, hedonisme, ancaman Liberal dan dalam kes ini “kecuaian atau penyelewengan”. Saya tak mahu ‘jumping to conclusion’ tapi siasatan perlu dibuat,” tegasnya.

Isu ini juga, menurutnya, menunjukkan bahawa denyut nadi umat Islam masih wujud.

“Jangan ingat umat Islam ini akan memandang sebelah mata terhadap sebarang bentuk penyelewengan,” katanya.

Individu bernama Ryan Loh merupakan penama yang menandatangani surat pemberitahuan kepada syarikat pelancongan yang memiliki lesen khas umrah (LKU) mengenai kadar pembayaran permohonan visa bagi jemaah umrah di bawah sistem baru itu.

Pada sidang media petang semalam, timbalan menteri itu turut mengesahkan bahawa Ryan telah meletakkan jawatannya.

The post Isma kecewa dengan Mas Ermieyati, minta SPRM siasat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian