ismakualaterengganu

Israel bina 300 lagi penempatan haram Yahudi

TEBING BARAT, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Israel dijangka memperluas rancangan pembinaan 300 unit penempatan haram baharu di Tebing Barat....

TEBING BARAT, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Israel dijangka memperluas rancangan pembinaan 300 unit penempatan haram baharu di Tebing Barat.

Tindakan itu dilihat tidak mempedulikan bantahan antarabangsa terhadap penggantian tanah dan dasar rejim Tel Aviv di Palestin.

Jawatankuasa Perancang dan Bangunan Tempatan dilaporkan akan mengeluarkan permit untuk pembinaan unit penempatan baharu itu hari ini.

Menurut agensi berita Ma’an, unit berkenaan dilaporkan dibina di penempatan Gilo, terletak kira-kira lima kilometer di selatan Baitulmaqdis.

Kira-kira 600,000 warga Israel tinggal di lebih 230 penempatan haram yang dibina sejak 1967 di wilayah Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Palestin mahukan Tebing Barat bebas dengan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.- Agensi

The post Israel bina 300 lagi penempatan haram Yahudi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 7338151365440108833

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item