Israel dakwa 10 negara sedia pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

TEL AVIV, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Israel mendakwa sekurang-kurangnya 10 negara akan memindahkan kedutaan mereka ke Baitulmaqdis.

Timbalan Menteri Luarnya, Tzipi Hotovely berkata, kenyataan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel akan mencetuskan gelombang.

“Kami sudah berhubung dengan sekurang-kurangnya 10 negara, sebahagiannya di Eropah untuk membincangkan pemindahan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian sehari selepas Guatemala memaklum akan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis, langkah yang disifatkan pegawai Palestin sebagai memalukan.

Terdahulu, Terdahulu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) membuat keputusan menolak pengiktirafan Donald Trump menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, dan rancangannya memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke bandar yang dijajah dan diduduki secara haram oleh rejim Israel.

Resolusi itu menegaskan pendirian tetap PBB berhubung kedudukan kota suci itu sejak 1967.

Bagaimanapun Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya untuk menolak deraf resolusi berkenaan. – Agensi

The post Israel dakwa 10 negara sedia pindah kedutaan ke Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian