Istana Selangor sahkan Tun M, isteri pulangkan darjah kebesaran

BANGI, 23 Rabiulawal 1439H, Selasa – Istana Selangor mengesahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali telah memulangkan dan menyerahkan kembali semua darjah dan bintang kebesaran yang diterima daripada Sultan Selangor.

Dewan di-Raja Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata, bekas Perdana Menteri itu memulangkan darjah-darjah dan bintang-bintang kebesarannya Khamis lalu.

Setiausahanya, Hanafisah Jais berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pemulangan semua darjah dan bintang kebesaran itu tanpa halangan.

“Tindakan mewartakan pembatalan kurniaan Darjah-Darjah dan Bintang-Bintang Kebesaran Selangor tersebut akan dilakukan mengikut prosedur dan proses yang telah ditetapkan,” katanya.

Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama pada 1978 dan Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) pada 2003.

Semalam, Dr Mahathir dilaporkan telah memulangkan semua darjah kebesaran itu yang diserahkan kepada seorang pegawai kanan di pejabat Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.

The post Istana Selangor sahkan Tun M, isteri pulangkan darjah kebesaran appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian