Isteri KPN meninggal dunia akibat barah
BANGI, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Isteri kepada Ketua Polis Negara, Puan Sri Azizah Hamdi,58, meninggal dunia akibat barah hari ini.
Allahyarham disahkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.02 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Bukit Aman dalam satu kenyataan memaklumkan jenazah akan disempurnakan di masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh untuk pengebumian.
The post Isteri KPN meninggal dunia akibat barah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan