Isu Baitulmaqdis: Ribuan sertai demonstrasi aman di Frankfurt

FRANKFURT, 28 Rabiulawal 1439H, Ahad – Sekitar seribu orang telah menghadiri perhimpunan aman di Frankfurt semalam bagi memprotes keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
 
Polis memberitahu Reuters TV bahawa ia adalah satu protes yang damai serta berjalan dengan lancar.

Bandar itu juga secara khusus telah mengharamkan peserta perhimpunan membakar apa-apa objek dalam demonstrasi itu.

Ini kerana, pada 10 Disember lalu, kira-kira 2,500 berhimpun di Berlin bagi menunjukkan protes terhadap keputusan Trump dan satu bendera Israel dibakar, kata polis.

Mereka telah menjalankan siasatan ke atas 11 orang, salah seorang daripada mereka yang berkaitan dengan pembakaran bendera.

Keputusan Trump awal bulan ini untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel menyebabkan kemarahan di seluruh dunia Arab dan kalangan sekutu Barat.

Ia telah membawa kepasa protes jalanan “Day of Rage” di wilayah Palestin dan beberapa tempat lain. – Agensi

The post Isu Baitulmaqdis: Ribuan sertai demonstrasi aman di Frankfurt appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian