Isu tanah Felda: Isa Samad akan dipanggil minggu depan

KUALA LUMPUR, 8 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad akan dipanggil bagi membantu siasatan kes penukaran hak milik tanah bernilai RM270 juta di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, minggu depan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, Isa adalah antara individu yang akan dirakam kenyataan memandangkan beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Felda ketika pertukaran hak milik secara rahsia itu dilakukan.

“Kita pasti akan merakam kenyataannya mengenai perkara itu. Setelah meneliti dokumen, kita dapati ada unsur untuk jalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan pemalsuan dokumen.

“Setakat ini, kita telah merekodkan keterangan kira-kira lima saksi yang terdiri daripada pegawai Pejabat Tanah dan Galian, pegawai pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beberapa pegawai Felda sendiri,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas skandal tanah Felda di Jalan Semarak, dianggarkan bernilai RM200 juta, yang bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengesahkan dan mengakui agensi tanah Persekutuan itu hilang tiga bidang tanahnya apabila ia dipindah milik tanpa pengetahuan Felda.

The post Isu tanah Felda: Isa Samad akan dipanggil minggu depan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian