Jangan percaya tarikh PRU14 TPM

 

SHAH ALAM, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa – Bayangan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang diberikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh dipercayai, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini kerana, beliau berkata, individu yang lebih layak mengumumkan tarikh PRU14 adalah perdana menteri dan bukannya timbalan perdana menteri.

“Saya rasa yang akan umumkan pilihan raya adalah perdana menteri bukan timbalan perdana menteri. Perdana menteri yang akan umumkan,” tegasnya seperti dilapor Harakahdaily.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Amal dan Perasmian Pertubuhan Cakna Yaman Malaysia di Restoran Aroma Hijrah TTDI, Shah Alam, malam tadi.

Baru-baru ini, Ahmad Zahid memberi bayangan PRU14 bakal diadakan selepas Tahun Baharu Cina tahun hadapan.

“Jangan lupa Hari Besar (Tahun Baharu Cina) akan sampai, lepas Tahun Baharu Cina akan ada “Hari Besar’ lain. Kalau dulu bikin silap (tak undi Barisan Nasional (BN) tak pa saya maafkan. Kalau boleh kali ini jangan bikin silap lagi woo,” katanya.

The post Jangan percaya tarikh PRU14 TPM appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian