ismakualaterengganu

Jejak Al-Fateh Tanam Rasa Percaya Diri Pada Remaja

Putrajaya, 10 Disember – “Jejak Al-Fateh merupakan satu program berimpak tinggi yang memberi fokus kepada menanamkan rasa percaya diri kepa...

Putrajaya, 10 Disember – “Jejak Al-Fateh merupakan satu program berimpak tinggi yang memberi fokus kepada menanamkan rasa percaya diri kepada remaja-remaja muslim.

“Program ini berkonsep sejarah untuk remaja. Inisiatif yang dinamakan ‘Jejak Al-Fateh’ itu menjadikan sejarah pembukaan kota Kostantinople sebagai modul utama.

“Para peserta menjalani simulasi titik-titik penting yang menjadi faktor kejayaan pembukaan Kostantinople, bermula daripada babak qiyamullail, seterusnya membina meriam Basilica Orban, kemudian menolak bahtera dan diakhiri babak keperwiraan Hasan Ulubatle.

“Dengan itu, para peserta dapat menjiwai semangat dan keyakinan yang dimiliki oleh Sultan Muhammad Al-Fateh ketika membebaskan Kota Kostantinople.” Begitu menurut pengarah program Jejak Al-Fateh, saudara Bilal Jailani, yang juga merangkap pengarah Kelab Remaja Isma (KRIM) cawangan Hulu Langat.

Jejak Al-Fateh berjaya menarik penyertaan seramai 42 orang remaja dari Bandar Baru Bangi, Salak Tinggi dan Bandar Seri Putra. Program ini telah dianjurkan oleh Krim Hulu Langat dengan kerjasama Biro Remaja Surau Al-Islah Taman Kajang Mewah.

Selain itu, Bilal juga optimis modul ini mampu dikembangkan dan mengalu-alukan mana-mana surau atau masjid yang berminat untuk bekerjasama dengan Krim dalam menganjurkan program sebegini.

Ammar bin Ahmad Raji

Wartawan Isma Hulu Langat

Sumber

Related

TERKINI 1146798501797627259

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item