Johor hadkan waktu operasi WiFi

ISKANDAR PUTERI, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa – Johor menghadkan waktu operasi Johor WiFi selepas terdapat dua kes masalah sosial, remaja melepak sehingga pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, perkhidmatan Johor WiFi itu akan bermula pada 6 pagi hingga 12 tengah malam sahaja.

“Kerajaan negeri mengambil tindakan segera sebaik menerima laporan remaja melepak sehingga pagi di kawasan terdapat perkhidmatan Johor Wifi di PPR Kempas Permai dan Dataran Bandaraya Johor Bahru.

“Selain itu, turut timbul isu vandalisme daripada perkhidmatan Johor Wifi, namun, jumlahnya amat sedikit iaitu dua kes vandalisme dilaporkan di PPR Taman Cendana serta PPR Kempas Permai di Johor Bahru dan pembaikan serta-merta oleh pembekal perkhidmatan bagi kerosakan vandalisme telah dibuat,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ee Chin Li (DAP-Tangkak) mengenai sambutan terhadap Johor Wifi, pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini.

Hasni berkata, Johor WiFi menerima purata 5,660 pengguna baharu setiap bulan sekali gus menjadikan jumlah pengguna berdaftar bagi perkhidmatan percuma itu 293,717 orang sejak 2015 hingga 12 November lepas.

The post Johor hadkan waktu operasi WiFi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian