ismakualaterengganu

KDN tak pilih bulu laksana penguatkuasaan

KUALA LUMPUR, 17 Rabiulawal 1439H, Rabu – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN)...

KUALA LUMPUR, 17 Rabiulawal 1439H, Rabu – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui semua 10 jabatan dan agensi dibawahnya tidak pernah memilih dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan.

“KDN mengambil pendekatan tidak pilih ‘bulu’ dari segi tindakan penguatkuasaan dan melakukan susulan kepada tindakan.

“Sepuluh jabatan dan agensi ini akan menjalankan tanggungjawab mengikut perundangan, akta dan peraturan yang termaktub dalam undang- undang,” katanya semasa merasmikan Pameran Korporat 1KDN@PWTC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Beliau diiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat dan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim serta Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tugas dan tanggungjawab KDN adalah amat holistik dan menyeluruh meliputi aspek kehidupan rakyat sejak mereka dilahirkan sehinggalah meninggal dunia.
“Contohnya, dalam soal mengeluarkan sijil kelahiran hinggalah sijil kematian oleh Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.

Justeru itu, tugas dan tanggungjawab yang amat luas itu memerlukan sokongan dan dukugan semua pihak, katanya sambil berharap tiada pihak yang cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap KDN dalam kalangan rakyat Malaysia. -Bernama

The post KDN tak pilih bulu laksana penguatkuasaan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1347712300868075526

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item