Kejam! Lelaki mengaku hempas, tumbuk bayi sampai rosak buah pinggang
KAJANG, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Lelaki yang ditahan kerana disyaki mendera bayi teman wanitanya, mengaku menghempas dan menumbuk bayi itu sehingga rosak buah pinggang.
Suspek didakwa berbuat demikian hanya kerana tidak tahan mendengar tangisan bayi perempuan berusia 10 bulan itu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pemeriksaan doktor mendapati buah pinggang bayi itu tidak dapat berfungsi akibat kecederaan dialami.
Malah katanya, pemeriksaan doktor terhadap dua adik-beradik mangsa juga mendapati terdapat kesan dera lama.
“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengambil keterangan ibu mangsa sama ada dia turut terbabit dengan kejadian itu,” katanya seperti lapor media tempatan.
Sabtu lalu, suspek dan ibu kepada bayi berkenaan ditahan di dua lokasi berasingan di Kajang dan Ampang, selepas dipercayai mendera bayi berkenaan.
Pemeriksaan terhadap bayi itu mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian perut, belakang badan dan telinga, selain pendarahan pada kemaluan mangsa.
The post Kejam! Lelaki mengaku hempas, tumbuk bayi sampai rosak buah pinggang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan