Kekerapan perubahan dasar pendidikan beri kesan kepada guru

Oleh Che Siti Rekembang Hasbi

BANGI, 2 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Perubahan Dasar Pendidikan Negara (DPN) yang kerap akan memberi kesan yang mendalam kepada insan bergelar pendidik.

Kenyataan ini dilontarkan Presiden Ikatan Guru-guru Muslimin Malaysia (iguru), Ustaz Mohd Azizee Hasan pada Forum Sudut Pandang siri ke-17 yang mengupas tajuk perbincangan Halatuju Pendidikan Negara: Falsafah dan Isu-isu Semasa, anjuran Ismaweb.net dan Arus Baru di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sememangnya guru memainkan peranan penting dalam memastikan DPN tercapai, tetapi disebabkan dasar yang sentiasa berubah telah menjadi beban kepada guru untuk menyampaikan sistem pendidikan baru kepada murid.

“Hal ini sedikit sebanyak memberi beban kepada guru di samping bebanan cabaran lain yang sedia ada dalam mendidik pelajar.

“Dasar yang telah digubal belum disempurnakan, tetapi timbul pula dasar baru menyebabkan pelaksanaan sesuatu dasar menemui kegagalan,” katanya.

Menurutnya, bukan sahaja guru yang terkesan malah pelajar juga turut menanggung beban seolah-olah menjadi bahan ujikaji terhadap dasar-dasar baru yang digubal.

“Ekoran perubahan dasar ini juga, beberapa institut perguruan ditutup dan pengambilan guru saban tahun semakin berkurangan,” katanya.

The post Kekerapan perubahan dasar pendidikan beri kesan kepada guru appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian