Kem Soleh Junior 2017 : Inspirasi Lahirkan Peribadi Muslim Cemerlang

Oleh : Muhammad Taqiuddeen Bariman

JOHOR BAHRU, 26 Nov – Kelab Anak-anak Hebat (Nazim) dengan kerjasama Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM), mengambil inisiatif dalam membentuk sahsiah dan pemikiran masyarakat seawal usia kanak-kanak dengan mengadakan Kem Soleh Junior 2017 yang bertempat di Hutan Rekreasi UTM Johor Bahru baru-baru ini.

Kem yang dihadiri seramai 80 orang kanak-kanak dari sekitar Johor ini, mengenengahkan beberapa aktiviti antaranya, Kembara Huffaz, pengisian ilmiah “Dunia Tanpa Gadjet” dan pelbagai aktiviti lasak sesuai dengan peringkat umur para peserta.

Mohd Fhirdaus Bin Zainal Abidin, Pengarah Biro Keluarga dan Masyarakat cawangan Johor Bahru berkata “Objektif program ini adalah untuk memupuk rasa cintakan Al-Quran melalui hafazan, selain membentuk sifat kepimpinan berjati dirikan Islam yang syumul serta membentuk akhlak terpuji melalui sirah-sirah Nabi dan para sahabat.

“Aktiviti lasak yang kami lakukan adalah untuk menjadikan anak-anak ini pemuda yang hebat, berjiwa lasak dan berfizikal kuat, yang tidak mudah diperkotak-katikkan dalam menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan,” ujarnya.

Maklum balas daripada Zarina yang menghantar anaknya ke Kem ini berkata, “anak saya sebelum masuk kereta lagi asyik bercerita mengenai pengalaman beliau sepanjang kem ini. Dia berasa sangat seronok dan ingin ikuti lagi aktiviti yang akan dianjurkan oleh Nazim Johor”

Kelab Anak-anak Hebat (Nazim) dan Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) merupakan badan bukan kerajaan yang bernaung di bawah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma). Organisasi ini bergiat aktif dalam membina sahsiah anak-anak yang seimbang merangkumi jasmani, rohani, emosi dan intelektual. 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian