Kementerian Pendidikan disyor gubal kursus pengurusan disiplin untuk guru
KUALA LUMPUR, 30 Rabiulawal 1439H, Selasa – Kementerian Pendidikan disyor untuk menggubal kursus pengurusan disiplin dan hal ehwal murid untuk diterapkan kepada para guru di seluruh negara.
Yang Dipertua Kasih Anak Yatim Malaysia (KAYMA), Dr Zulkeflee Yaacob berkata, kursus pengurusan displin itu boleh dijadikan sebagai subjek major dan prasyarat kelayakan iktisas guru.
Hal ini kerana, katanya, guru tidak dilatih secara formal dan tiada kursus major pengurusan disiplin dan hal ehwal murid.
“Tiada kursus tersebut sepanjang pengajian perguruan sama ada di maktab atau di universiti.
“Kurikulum pengajian hanya sisipan pedagogi perilaku kawalan kelas sahaja dirumus tidak mencukupi mendepani masalah pelajar dewasa ini,” katanya seperti dilapor Harakahdaily.
Beliau mencadangkan demikian susulan kes seorang guru, Cikgu Mohd Azizan Manap yang akan dihadapkan ke Mahkamah Seremban 2A hari ini kerana tegas dalam isu disiplin pelajar.
Guru tersebut dilaporkan terpaksa bertegas terhadap pelajar berkenaan yang didakwa terbabit perbuatan menghidu gam, bergaduh dan membuli.
The post Kementerian Pendidikan disyor gubal kursus pengurusan disiplin untuk guru appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan