Kementerian Pendidikan sambut baik syor perkenal Kod Etika Ibu Bapa, Penjaga

PADANG TERAP, 2 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyambut baik cadangan untuk memperkenalkan Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga bagi mempertahankan seba­rang tindakan yang diambil guru.

Cadangan yang diutarakan Kesatuan Per­khidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) itu, katanya, akan diperhalusi terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

Beliau berkata, pihaknya secara dasar menyokong sebarang cadangan mahupun idea untuk menambahbaik pemuafakatan antara guru dan ibu bapa di sekolah.

“Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, salah satu sasaran kita adalah bagaimana pemuafakatan antara sekolah dan ibu bapa dapat dipertingkatkan yang dipanggil sarana ibu bapa.

“Bila anak dan guru ada di sekolah, ibu bapa dan masyarakat bersama sekolah banyak sekolah di negara ini menitikberat soal pemuafakatan. 

“Ada ibu bapa datang sekolah dan mempunyai jawatankuasa bersama mengenai disiplin dan sukan maka pemuafakatan dapat dipertingkatkan,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Sebelum ini, NUTP mendesak Kementerian Pendidikan memperkenalkan Kod Etika Ibu Bapa/ Penjaga secepat mungkin bagi melindungi guru.

Presidennya, Kamarozaman Abd Razak, berkata, kod etika itu dapat dijadikan panduan tatacara ibu bapa atau penjaga ketika berurusan dengan guru.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang menyediakan cadangan tersebut dan meminta kementerian untuk bersama-sama dengan NUTP memperkenalkannya di negara ini.

The post Kementerian Pendidikan sambut baik syor perkenal Kod Etika Ibu Bapa, Penjaga appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?