Kerajaan tetap kenakan GST untuk umrah

BANGI, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Walaupun ditentang oleh pengendali umrah dan ziarah, serta orang ramai yang menganggapnya sebagai ‘lintah darat’, kerajaan tidak mempedulikannya, sebaliknya tetap mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada umat Islam negara ini yang hendak menunaikan umrah.

Berkuat kuasa hari ini, sistem Integrated Manasik Monitoring System atau Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS), dipaksa diterima pakai oleh semua syariakt pengendali umrah dan ziarah di negara ini dengan mengenakan GST bagi setiap jemaah.

Sistem itu dikendalikan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan selepas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) memperkenalkan Lesen Khas Umrah (LKU).

Ismaweb difahamkan lembaga pengarah syarikat berkenaan turut dianggotai bukan Islam, sementara Pengerusi Lembaga Pengarahnya pula adalah bekas wakil rakyat UMNO.

LKU diperkenalkan oleh Motac kepada agensi pengendali umrah berkuat kuasa 1 Oktober lalu, bertujuan memantau, mengelak dan membendung kes penipuan yang banyak dilaporkan sebelum ini.

Tetapi, sebuah syarikat didakwa mengambil kesempatan dengan memperkenalkan satu lagi program WAJIB kepada agensi pengendali umrah, serentak dengan pelaksanaan LKU, dan dipersetujui oleh Motac.

Setiap agensi pengendali umrah DIPAKSA mendaftar dengan syarikat pengendali IMAMS, sedangkan sistem itu didakwa semata-mata untuk ‘buat duit dengan cara mudah’.

Bukan percuma! Sebaliknya, syarikat yang mengendalikan IMAMS – Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd – mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM90.10 kepada setiap jemaah yang hendak mengerjakan umrah.

Sistem IMAMS memperuntukkan perincian berikut untuk setiap pendaftaran individu pakej umrah melalui aplikasi yang digunakan:

Sistem dan Pengurusan RM45.00
Insurans RM40.00
GST 6% RM5.10

Mengikut laporan, tahun lalu sahaja, kira-kira 240,000 umat Islam Malaysia mengerjakan umrah. Tahun ini, Motac menganggarkan 290,000 mengerjakan umrah menerusi agensi pengendali umrah yang sudah memperoleh LKU.

Bayangkan berapa jumlah wang yang dengan mudah dikaut oleh syarikat terbabit terhadap setiap umat Islam yang hendak mengerjakan umrah tahun ini dan pada masa depan.

Berapa jumlah bayaran yang diperoleh syarikat itu jika kita mengambil kira 290,000 jemaah mengerjakan umrah dalam setahun? RM26.129 juta

Daripada jumlah itu RM1.479 juta adalah GST; insurans (RM11.6 juta) dan yang masuk kepada syarikat itu RM13.050 juta.

Dan, program yang disediakan oleh syarikat yang berpejabat di Bangsar South, Kuala Lumpur itu pula dikatakan hanya mengambil kesempatan, sedangkan LKU sudah memberi jaminan bahawa tiada lagi penipuan membabitkan umrah berlaku.

Ia hanya satu kesempatan untuk ‘mengutip’ wang dengan cara mudah – turut membabitkan Motac – seolah-olah program mereka mendapat restu, akan menyebabkan agensi pengendali umrah takut untuk membantah, bimbang disekat daripada mendapat LKU.

 

(EKSKLUSIF) Sistem IMAMS: RM90.10 mesti dibayar secara prepaid, membebankan jemaah

The post Kerajaan tetap kenakan GST untuk umrah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian