Lebih ramai akan sertai pengganas kesan keputusan ke atas Baitulmaqdis

BANGI, 25 Rabiulawal 1439H, Khamis – Keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Bailtumaqdis sebagai ibu negara Israel akan mengubah landskap keganasan di seluruh dunia, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau dalam satu wawancara di sebuah stesen televisyen swasta berkata, situasi semasa boleh mencetuskan lebih ramai orang Islam menyertai kumpulan militan pengganas.

“Mungkin ada yang akan melepaskan emosi mereka melalui demonstrasi, tetapi bagi mereka yang jihadis mungkin akan menyertai kumpulan militan di Palestin.

“Perisikan mendedahkan bahawa ada orang dari negara Asean telah menyertai gerakan militan di Palestin. Jika isu itu tidak dapat diselesaikan, lebih ramai akan beralih kepada kumpulan militan,” katanya seperti dilapor New Straits Times, hari ini.

Mengambil contoh insiden pengeboman di New York baru-baru ini, Ayob tidak menolak kemungkinan lebih banyak serangan pengganas akan menyusul.

“Mereka sedang menunggu masa yang tepat untuk melancarkan serangan, termasuk di Malaysia,” katanya.

The post Lebih ramai akan sertai pengganas kesan keputusan ke atas Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian