Lima sekeluarga maut nahas Viva, bas ekspres

SEGAMAT, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Lima sekeluarga maut apabila kereta Perodua Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 176 Jalan Johor Bahru-Seremban di sini, kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, empat daripada mangsa yang meningggal dunia di tempat kejadian dikenal pasti sebagai pemandu kereta, Muhamad Abu Dujanah Dzulkarnain, 30; Zinnirah Abdul Hamid, 28; Nur Maghfirah Muhamad Abu Dujanah, 6; dan Muhammad Abu Ajwad Muhamad Abu Dujanah, 4.

Beliau berkata, bayi berusia tiga bulan Nur Alia Humairah Muhamad Abu Dujanah meninggal dunia pada jam 9.25 malam tadi ketika dirawat di Hospital Segamat di sini, manakala seorang lagi mangsa Nur Ghaziyah Athirah Muhamad Abu Dujanah, 3, sedang dirawat di hospital sama dan keadaannya dilaporkan kritikal.

“Berdasarkan maklumat identiti yang kami peroleh mangsa, Muhammad Abu Ajwad beralamat di Muadzam Shah, Pahang manakala mangsa lain beralamat di Kluang, Johor,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan bas ekspres berkenaan.

Raub berkata, kereta yang dinaiki keluarga berkenaan juga berpusing beberapa kali sebelum bertembung dengan bas yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Segamat itu.

“Ketika kejadian keadaan lalu lintas tidak sibuk, manakala cuaca ketika kemalangan adalah hujan lebat. Bentuk jalan pula berselekoh dan menuruni bukit dari kedua-dua arah,” katanya.

Beliau berkata, kawasan kemalangan juga adalah dua lorong dua hala dengan dipisahkan oleh garisan putih berkembar di tengah-tengah jalan. – Bernama

The post Lima sekeluarga maut nahas Viva, bas ekspres appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian