Makna disebalik perkataan ‘Krismas’
BANGI, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Saban tahun perayaan Hari Natal atau disebut sebagai ‘Krismas’ disambut oleh masyarakat bukan beragama Islam. Bahkan, ada yang beragama Islam juga turut mengucapkan perkataan itu.
Namun, majoriti semua masyarakat tidak mengetahui erti sebenar disebalik frasa berkenaan.
Menurut analisis dari tulisan hieroglif Mesir Kuno, menunjukkan perkataan Krismas berasal dari negara Afrika, iaitu dari perkataan ‘Krst’ yang bermaksud ‘berehat’ dalam erti lain bermaksud sebuah perkuburan atau mati.
Berdasarkan pengertian itu, ahli sejarawan, Malcolm Hutton berkata, apabila seseorang menyebut ‘selamat hari krismas’ ianya bermakna
seseorang itu menyebut ‘selamat hari pengebumian’.
Menurutnya, bukti pengertian itu dikukuhkan lagi dengan penemuan perkataan ‘Krst’ dalam tulisan hieroglif di setiap keranda yang mengandungi badan mumia Mesir.
“Untuk menambah bukti hubungan diantara Mesir Kuno dan Krismas dilihat pula melalui penemuan rujukan orang Mesir Purba.
“Orang Mesir Purba sering merujuk kepada badan-badan mumia sebagai ‘yang diawet’ kerana badan itu telah diawet dengan cairan embrio dan natron iaitu campuran garam yang diadun dengan minyak dan digunakan untuk membersihkan badan selama 70 hari,” katanya.
Katanya, hubungan antara Kristus dan orang yang diawet telah dinyatakan secara terperinci di dalam bahasa Ibrani dan Yunani.
“Dalam bahasa Ibrani, orang yang diawet didefinisikan sebagai ‘Masiah’ atau ‘Messiah’, manakala dalam bahasa Yunani ia bermaksud ‘Christos’,” katanya.
Sementara itu, ahli sejarawan itu juga menunjukan satu rujukan ‘Septuagint – a Koine Greek’ yang diterjemahkan oleh 70 orang Yahudi dari Pulau Pharos dalam bahasa Yunani sekitar 2,300 tahun yang lalu, menyatakan bahawa ‘Cyrus’ adalah ‘Kristus’.
“Rujukan ini terdapat pada silinder Parsi di Muzium British,” katanya. -Agensi
The post Makna disebalik perkataan ‘Krismas’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan