ismakualaterengganu

Malaysia sedia bantu Filipina yang dibadai Taufan Tembin

KUALA LUMPUR, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Malaysia bersedia menghulurkan bantuan dan sokongan ke kawasan yang terjejas dengan Taufan Tembi...

KUALA LUMPUR, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Malaysia bersedia menghulurkan bantuan dan sokongan ke kawasan yang terjejas dengan Taufan Tembin di selatan Filipina.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementeriannya menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diletakkan dalam keadaan bersedia untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke kawasan berkenaan yang mengalami banjir serta tanah runtuh, terutama di Tubod dan Piagapo.

“Saya telah mengarahkan panglima pasukan pertahanan agar ATM menyelaraskan penghantaran bantuan dari segi agihan barang makanan dengan rakan sejawatan di Filipina,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorenzana untuk menzahirkan simpati kementerian serta rakyat Malaysia terhadap mangsa bencana di selatan negara itu.

Media antarabangsa melaporkan lebih 200 orang terbunuh manakala berdozen lagi hilang ketika taufan itu melintasi wilayah berkenaan.

Taufan itu dijangka membadai Vietnam hari ini memaksa pihak berkuasa tempatan memindahkan sejuta penduduk dari kawasan rendah di pantai bahagian selatan negara tersebut. -Bernama

The post Malaysia sedia bantu Filipina yang dibadai Taufan Tembin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 3848761414724787708

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item