Mangsa banjir di Pahang masih kekal 71 orang

KUANTAN, 15 Rabiulawal 1439H, Isnin – Jumlah mangsa banjir di Raub masih kekal 71 orang daripada 19 keluarga yaag ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Zainal Yusoff berkata, pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Ulu Sungai menempatkan mangsa banjir paling ramai, 35 orang daripada 10 keluarga.

“Di Balairaya Kuala Semantan menempatkan 26 orang daripada tujuh keluarga dan 10 orang daripada dua keluarga di Surau RRM Cheroh 3,” katanya.

Dalam pada itu, katanya kerja-kerja pembersihan jalan ke Kampung Orang Asli Sungai Kelit, Raub yang terputus hubungan sejak 3 pagi semalam ekoran tanah runtuh di kawasan tertentu sepanjang empat kilometer laluan itu, akan disambung hari ini.

Beliau berkata, bantuan makanan untuk 71 penduduk kampung itu juga akan dihantar hari ini setelah mendapat nasihat dan cara yang sesuai daripada pihak Jabatan Kerja Raya. -Bernama

The post Mangsa banjir di Pahang masih kekal 71 orang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian