ismakualaterengganu

Metodologi 1: Dakwah & Tarbiah ar-Rasul S.A.W.

Mendidik secara berperingkat Salah satu metodologi Rasul s.a.w. dalam mendidik adalah secara berperingkat dan beransur-ansur ianya mest...

Mendidik secara berperingkat

Salah satu metodologi Rasul s.a.w. dalam mendidik adalah secara berperingkat dan beransur-ansur ianya mestilah tidak memudharatkan agama, atau melanggar nas, atau menimbul kekeliruan.

Perkara ini dapat difahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ra, bahawa Rasulullah s.a.w. ketika mengutus Muaz r.a. ke Yaman, Baginda bersabda (yang bermaksud) ”Sesungguhnya kamu akan datang kepada satu kaum ahli kitab. Maka hendaklah perkara pertama yang kamu dakwahkan mereka ialah menyembah Allah. Apabila mereka mengenali Allah, maka beritahu mereka bahawa Allah telah mengfardhukan ke atas mereka lima solat sehari semalam. Apabila mereka telah melakukan solat, maka beritahu mereka bahawa Allah telah mengfardhukan ke atas mereka zakat yang dikutip daripada harta-harta mereka dan diagihkan kepada golongan fakir kalangan mereka. Apabila mereka patuh, ambillah daripada mereka dan hindarilah harta orang yang mulia.”” (Riwayat al-Bukhari)



Ibnu Hajar dalam huraiannya berkenaan hadis di atas menyebut, “Rumusannya boleh dikatakan Baginda memulakan dengan perkara terpenting, kemudian yang lebih penting. Demikian, itu merupakan salah satu bentuk cara berlemah lembut dalam arahan, lantaran kerana, jika beliau (Muaz) menuntut mereka melakukan kesemua tuntutan pada kali pertama, tiada jaminan akan berlaku tindakan menjauhi diri. [Fathul Bari, Ibnu Hajar, Hadis No 1458]

Antara contoh lain ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., baginda bersabda (yang bermaksud) “Suruh anak-anak kamu bersembahyang ketika mereka berusia 7 tahun dan pukullah mereka (dengan cara mendidik) lantaran (mengabaikan) solat apabila mereka berusia 10 tahun. Pisahkan mereka di tempat tidur.”(Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Dalam hadis ini dapat dilihat bagaimana pendekatan pendidikan berperingkat yang dimulakan dengan galakkan dan tunjuk ajar kemudian diikuti dengan tindakan tegas dan disiplin selaras dengan perkembangan usia dan psikologi kanak-kanak sehinggalah solat benar-benar menjadi amalan yang mendarah daging dalam jiwa mereka.



Related

TERKINI 6754429686097449246

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item