ismakualaterengganu

Misi Bantuan Banjir Kelantan 2017

  KOTA BHARU, 1 Disember – i-Medik, Yayasan Ikhlas, PEMBINA, Pemuda ISMA, pemain IKFC, dan para sukarelawan akan ke daerah Rantau Panjang ...

 

KOTA BHARU, 1 Disember – i-Medik, Yayasan Ikhlas, PEMBINA, Pemuda ISMA, pemain IKFC, dan para sukarelawan akan ke daerah Rantau Panjang awal pagi esok dalam misi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk dengan kerjasama pihak Bomba negeri Kelantan. Pada ketika ini, mereka sedang bertungkus lumus dalam membuat persediaan rapi untuk hari esok.

Beberapa ahli sukarelawan telah membuat pantauan petang tadi di daerah berkenaan bagi mengenal pasti rumah-rumah yang terlibat.

Misi Banjir Kelantan 2017 kali ini diketuai oleh Dr Afif merangkap Pengerusi i-Medik Kelantan.

 

 

Sumber

Related

TERKINI 2490638506038310364

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item