Nahas 3 maut: Pemandu, kelindan positif dadah direman

BATU GAJAH, 25 Rabiulawal 1439H, Khamis – Pemandu dan kelindan lori yang terbabit dalam kemalangan meragut tiga sekeluarga di Kampung Teluk Memali dekat Bota semalam, yang positif dadah methamphetamine, direman empat hari bagi membantu siasatan.

Suspek berusia 25 dan 27 tahun beradal dari Kelantan dan Terengganu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara berbahaya dan mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd Fitri Sadarudin bermula hari ini hingga Ahad.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, sebelum ini mengesahkan suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis methamphetamine melalui ujian air kencing,

Dalam nahas kira-kira jam 6.30 pagi semalam di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali, semalam pegawai khas Exco Perak, Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin, 3; isteri, Norhaslina Abdul Razak, 27, dan adiknya Nor Azita Ahmad Azzudin, 24, maut di tempat kejadian.

Ahmad Nor adalah pegawai khas kepada Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Kemalangan berlaku apabila Ahmad Nor Al-Zaidin yang memandu Proton Saga dari arah Kampung Gajah ke Teluk Intan bertembung dengan lori terbabit sebelum terseret sejauh 10 meter dan terhumban ke dalam tali air.

The post Nahas 3 maut: Pemandu, kelindan positif dadah direman appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian