Nasihat buat kerajaan negeri Selangor sempena keputeraan Sultan Selangor

1. Carian di Mudah.my mendapati banyak rumah Selangorku Damai Residensi Bandar Baru Bangi disewakan secara terang-terangan. Rumah yang siap pada 2014 ini sepatutnya wajib diduduki oleh pembeli sehingga 5 tahun sebelum dipindah milik atau disewakan.


2. Menurut sumber PKNS, rumah Selangorku Bandar Baru Bangi adalah rumah mampu-milik untuk generasi muda, dan ia telah habis dijual pada harga RM60,000 hingga RM190,000. Rumah Selangorku Bandar Baru Bangi adalah rumah Selangorku yang pertama dan amat dibanggakan oleh kerajaan negeri ‘berkebajikan’ ini.

3. Sebagai anak jati Bandar Baru Bangi dan pengundi DUN Bangi, saya ingin bertanya, adakah kerajaan negeri pernah melakukan semakan terhadap penghuni rumah-rumah ini? Jika tidak pernah, adakah wujud pelan untuk melakukan semakan?

4. 9 Disember 2017 semalam kita dihebohkan dengan rumah Selangorku Setia Ecohill Semenyih yang berharga RM100,000 seunit. Adik saya sempat pergi ke sana untuk mencuba nasib, tetapi pulang tangan kosong kerana pengunjung sudah beratur dan bermalam sejak Jumaat 8 Disember 2017. Persoalannya, adakah pengunjung yang berjaya mendapatkan hak membeli rumah itu benar-benar golongan sasar?


5. Kegagalan kerajaan negeri menjelaskan persoalan ini hanya akan membawa kepada runtuhnya kepercayaan rakyat marhaen kepada parti-parti komponen kerajaan negeri di kala pilihan raya semakin hampir ini.

Ustaz Bilal Jailani, Ahli Majlis Ulama Isma (Muis)

The post Nasihat buat kerajaan negeri Selangor sempena keputeraan Sultan Selangor appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian