Orok sengaja nyala api permusuhan umat Islam dengan penganut Kristian

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Pengerusi Kluster Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Rushdan Abdul Halim tidak menolak kemungkinan kenyataan berbaur provokasi Paderi Kristian, David Orok mempunyai agenda tertentu untuk melaga-lagakan umat Islam dan penganut agama itu.

Beliau berkata, adalah tidak mustahil bagi Orok memandangkan kedudukannya sebagai paderi yang sudah pasti mempunyai pengikut dan pengaruh di kalangan penganut Kristian.

Ustaz Rushdan berkata, kenyataan Orok yang berterusan menghina agama Islam dengan membuat tafsiran salah ayat salah suci al-Quran dan menghina Allah sebagai sengaja menyalakan api permusuhan antara umat Islam dan penganut Kristian.

“Dia tahu dia kafir lagi jahil tidak layak untuk menafsirkan ayat-ayat al Quran, tetapi sengaja melakukanya tanpa fakta untuk menimbulkan kemarahan umat Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tuduhan pemimpin parti STAR Sabah itu yang mendakwa umat Islam yang membantah pencabulan rejim Zionis Israel ke atas Palestin adalah murtad dan iblis, kerana kononnya telah menolak kehendak al-Quran.

Menulis dalam Facebooknya, Orok memetik ayat 58 surah Al-Baqarah, surah An-Nisa’ (ayat 154) dan surah Yunus (ayat 93), ketika membuat tuduhan itu.

Terbaru, Orok juga menuduh umat Islam terpaksa melakukan jihad keganasan kerana Allah tidak mampu untuk berbuat apa-apa demi agama.

Mengulas lanjut Ustaz Rushdan berkata, sekiranya perbuatan hasutan itu tidak dibendung menerusi tindakan undang-undang atau protes keras daripada masyarakat, dikhuatiri akhirnya akan memusnahkan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

“Pendirian gereja dan paderi serta penganut Kristian lain terhadap tindakan hasutan melampau daripada Orok ini penting untuk menunjukkan mereka tidak bersetuju tindakan paderi biadab seperti itu (Orok),” katanya.

The post Orok sengaja nyala api permusuhan umat Islam dengan penganut Kristian appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?