ismakualaterengganu

PDRM umum pertukaran, kenaikan pangkat enam pegawai kanan

KUALA LUMPUR, 4 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan enam pertukaran pegawai kanannya berkuat kuasa...

KUALA LUMPUR, 4 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan enam pertukaran pegawai kanannya berkuat kuasa 22 Januari depan, termasuk Ketua Polis Daerah baharu bagi Labuan, Penampang dan Kuala Selangor.

Deputi Superitendan (DSP) Pengajian Sains Pembangunan Pengurusan (1) Pusat Pengajian Sains Pengurusan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DSP Muhamad Farid Ahmad akan menyandang jawatan Ketua Polis Daerah Labuan yang baharu dengan memangku pangkat Superitendan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sipitang, Sabah Asisten Superintendan Mohd Haris Ibrahim pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Penampang dengan memangku pangkat DSP.

Ini dinyatakan Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, DSP Md Asri A Wahab yang kini Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Selangor dengan memangku pangkat Superintendan mulai tarikh berkenaan.

Turut bertukar jawatan ialah Timbalan Komandan Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ipoh, Perak ACP Hamdan Abas yang dilantik sebagai Komandan Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara yang baharu di jabatan dan cawangan sama.

Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/ Pencegahan/ Kepolisan Am) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman ACP Abd Razak Md Zin pula akan menyandang jawatan Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Urusetia) di jabatan dan cawangan sama.

Kenyataan itu turut memaklumkan Ketua Bahagian Penerbangan King Air Pasukan Gerakan Udara, Jabatan Keselamatan Negeri dan Ketenteraman Awam ACP Nasarudin Abdul Mubin dilantik sebagai Komander Pasukan Gerakan Udara, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Pangkalan, Semenanjung. – Bernama

The post PDRM umum pertukaran, kenaikan pangkat enam pegawai kanan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 2427859268886008289

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item