ismakualaterengganu

Pejabat KM Sarawak nafi dakwaan bubar BN negeri

BANGI, 15 Rabiulawal 1439H, Isnin – Pejabat Ketua Menteri Sarawak menafikan dakwaan yang tular di laman sosial Facebook, kononnya Datuk Pat...

BANGI, 15 Rabiulawal 1439H, Isnin – Pejabat Ketua Menteri Sarawak menafikan dakwaan yang tular di laman sosial Facebook, kononnya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan membubarkan Barisan Nasional (BN) negeri itu dan menggantikannya dengan parti tempatan.

“Pejabat ini ingin menjelaskan bahawa Ketua Menteri tidak pernah membuat kenyataan sedemikian.

“Dakwaan itu adalah palsu yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu atas alasan yang diketahui mereka,” kata Pejabat Ketua Menteri negeri itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut dakwaan yang disebarkan menerusi akaun Facebook ‘Borneo Voice’, Abang Johari kononnya berkata, “saya tidak mempunyai pilihan lain selain membubarkan BN di Sarawak dan membentuk kerajaan negeri baru di kalangan parti politik tempatan”.

Dakwaan itu dipercayai disebar sejak semalam (Ahad), yan mendakwa bahawa keputusan itu adalah amaran dari Ketua Menteri kepada Kerajaan Pusat kerana tidak menghormati hak negari di bawah Perjanjian Malaysia.

Ia bagaimanapun, telah tular dan tersebar luas dalam kalangan pengguna laman sosial khususnya Facebook.

 

The post Pejabat KM Sarawak nafi dakwaan bubar BN negeri appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1263456413801574640

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item